21 January 2018

"MEMANG SAYA MILIK DIA, TAK BOLEH LARI" - ADI PUTRA


"Kalau dah jodoh tidak ke mana," demikian kata Datuk Adi Putra yang kembali menjadi suami kepada bekas isteri, Zuraidah Yusof atau lebih dikenali sebagai Aida selepas sembilan bulan bercerai.





Difahamkan, perkahwinan pasangan ini berlangsung di sebuah lokasi di Kuala Lumpur pada 18 Januari lalu.

Adi yang ditemui pada Malam Gala filem 'Makrifat Cinta' di IDRKL Mall, Shah Alam kelmarin itu berkata jodohnya sudah tertulis dengan Aida.

"Kalau dah tertulis memang saya milik dia dan dia milik saya, memang kita tidak boleh lari (dari ketentuan Allah). Meskipun berpisah sebelum ini namun hubungan kami baik dan tiada sebarang masalah," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Menurut Adi lagi, banyak pengajaran yang diperolehinya menerusi ujian dan dugaan dalam perkahwinannya.

"Banyak pengajaran boleh diambil iktibar, kalau kita tidak melalui ujian mungkin kita tidak akan menimba ilmu," tuturnya.

Sementara itu, Aida mengulas mereka ingin membuka buku baharu dan bersedia melalui kehidupan sebagai suami dan isteri buat kali kedua.



"Kita doakan yang baik-baik sahaja. Perkara yang dah lepas, kita biarkan berlalu pergi. Selepas ini kami nak bina hidup baharu," katanya.

Adi menerusi laman Instagramnya sebelum ini telah memuatnaik gambar perkahwinan kali kedua mereka.

Untuk rekod, Adi dan Aida bernikah kali pertama pada 14 April 2006. Pasangan itu kemudian mengambil anak angkat, Zara Adelia yang kini sudah berusia enam tahun.

Adi mencetuskan kontroversi apabila berkahwin dengan seorang penjawat awam, Norshahida Dzolkifly, 34, pada 20 Jun 2016.












www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: