26 January 2018

AL-FATHIAH - PELAKON RAB KHALID KEMBALI KE RAHMATULLAH


Takziah kami ucapkan buat seluruh keluarga pelakon Rab Khalid di atas pemergian beliau yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 4:15 petang semalam di Unit Penjagaan Koronari (CCU) Hospital Ampang akibat serangan jantung.





Rab atau nama sebenarnya, Khalid Shamsuri, 48, dimasukkan ke hospital berkenaan untuk rawatan lanjut sejak semalam selepas dia yang masih bujang mengadu sakit dada dan tidak sihat dengan rakan serumahnya.

Adiknya, Mohd Abbas Shamsuri, 43, ketika dihubungi berkata, semua ahli keluarga reda dengan kehilangan itu.

"Cuma, ada hasrat arwah yang tidak kesampaian iaitu kerjasama kami membuka perniagaan kafe. Segala urusan kafe sudah dibuat dan kami merancang membuka operasinya pada 5 Februari ini di Kelana Jaya," katanya.

Klik untuk gambar besar


Menurut Mohd Abbas, dia juga baru berjumpa arwah abangnya minggu lalu dan mereka juga saling menghubungi setiap hari.

"Hubungan saya dan arwah abang sangat rapat. Jadi, kehilangan dia kini amat dirasai. Apatah lagi, perancangan kafe kami harus ditangguhkan itu saya belum fikir lagi perancangan seterusnya selepas arwah tiada," tuturnya.

Mengenai urusan pengebumian, Mohd Abbas berkata Allahyarham Rab akan dikebumikan di Parit Buntar, Perak sekitar pagi hari ini selepas disembahyangkan di masjid kampung itu.



Ujarnya lagi, urusan mandi dan kafan jenazah dilakukan di Hospital Ampang sebelum dibawa pulang ke Parit Buntar malam semalam.

Terdahulu, Rab dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut akibat serangan jantung kali kedua. Pun begitu, sekitar 5 pagi tadi keadaan Rab makin kritikal dan bergantung pada alat sokongan hayat.

Rab anak kedua daripada enam beradik sangat dikenali dengan lakonan komedi bersahaja menerusi beberapa karya Mamat Khalid yang di bintangi seperti Hantu Kak Limah, Hussin, Mon & Jin Pakai Toncit, Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya dan 16 Puasa.

Allahyarham juga sangat dikenali dengan panggilan Yeh Sekupang iaitu watak dilakonkan dalam filem Rumah Pusaka Di Simpang Jalan juga arahan Mamat.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: