03 January 2018

ANAK ATAS SEJADAH KETIKA SOLAT - TINDAKAN JOVIAN DIPERSOAL


Baru-baru ini, isteri kepada pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri telah berkongsi gambar anaknya, Jeanelle Nika Mandagie di atas sejadah ketika suami sedang solat.





Bagaimanapun, gambar tersebut telah mencetuskan sedikit perbalahan di ruangan komen di laman Instagramnya.

Ianya bermula apabila seorang pengikut mempersoalkan tindakan mereka suami isteri yang sengaja membiarkan anak mereka di atas sejadah kerana ia menyukarkan lagi pergerakkan Jovian.

Klik untuk gambar besar


Dalam kapsyen pada gambar tersebut, kakak kepada Dafi AF5 itu juga sudah menjelaskan mengapa Jovian berbuat begitu.

Melihat pada laman Instagram pasangan ini, mereka kini sedang bahagia dan menikmati saat indah bergelar ibu dan bapa setelah menimang cahaya mata perempuan pada 1 November 2017.

Apa-apapun, betul atau salah... semuanya berbalik kepada hukum agama Islam. Apa pula pandangan anda?












www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: