03 January 2018

ZURIAT: IVF ADALAH PILIHAN TERAKHIR" - IZZUE ISLAM


Meskipun sudah berkahwin hampir lima tahun (2 Jun 2013) tanpa kehadiran zuriat, penyanyi dan pelakon Izzue Islam, 27, dan isterinya, Awin Nurin, 34, tidak berputus asa dengan mencuba pelbagai cara termasuk rawatan IVF yang bakal dilakukan tahun ini.





Untuk makluman, rawatan IVF ataupun lebih dikenali sebagai bayi tabung merupakan proses di mana sel telur disenyawakan oleh sperma di luar rahim secara manual dalam tabung uji makmal.

"Ada beberapa usaha yang kami cuba lakukan dan rasanya tidak perlu disebut di sini. Rezeki datang dari Allah SWT dan kami berharap usaha dilakukan pada masa ini akan berhasil”

"Ada yang cadangkan IVF (persenyawaan in-vitro) tetapi kami belum sempat jumpa doktor. IVF adalah pilihan terakhir dan mungkin akan dicuba tahun ini," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Meskipun belum dikurniakan zuriat sendiri, Izzue memberitahu yang beliau dah isteri tidak bercadang untuk mengambil anak angkat seperti mana pasangan lain yang sudah lama berkahwin.

Kata Izzue lagi, beliau percaya Allah SWT belum mengurniakan beliau rezeki untuk menimang cahaya mata kerana ingin memberi rezeki untuk beliau lebih berjaya dalam bidang seni terlebih dahulu.

"Mungkin selepas kehidupan kami selesa dan tenang, barulah rezeki anak pula selepas ini," ujarnya yang juga turut menolak dakwaan kesibukan dalam bidang seni dan perniagaan membataskan mereka memiliki anak sendiri.

Tidak semua pasangan bertuah memliki cahaya mata sejurus berkahwin. Bagi Izzue perkahwinan selama lima tahun bersama isteri tidak mematahkan semangat mereka untuk menimang cahaya mata sendiri.














www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: