02 January 2018
DICEMUH TAYANG PAYUDARA: "TAK SUKA BOLEH BERAMBUS" - FARA MENDOZA
Bersempena tahun baru 2018, pelakon Fara Mendoza telah memuatnaik video dimana dirinya mengenakan bikini top dan pakaian seperti jaring sambil menari dengan pengusaha kosmetik, Safiey Ilias.
Aksi dan cara berpakaian Fara itu telah membuatkan dirinya sekali lagi menerima kecaman serta cemuhan hebat daripada netizen di laman Instagram. Kebanyakan komen yang menghentamnya telah dipadam oleh Fara.
Dalam pada itu, Fara ada membuat IG Story memarahi netizen yang mengecamnya dan mengatakan orang ramai tidak perlu membuat kerja tuhan iaitu menghakiminya.
Klik untuk gambar besar
Tidak dapat dipastikan apa tujuan sebenar Fara memuatnaik video berpakaian sebegitu yang memang lari dari norma dan budaya masyarakat Melayu beragama Islam.
Tahun 2018 sudah membuka tirainya dan sudah tentu ramai orang sudah pun mempunyai visi untuk merealisasikan azam dan seperti tahun sebelumnya, pasti ada kontroversi baru yang dibuat selebriti yang menyebabkan mereka dicemuh netizen.
www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Fara Mendoza IG
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment