02 January 2018

PELAKON 80-AN, NORLIDA AHMAD (CONNIE) MASUK ICU - ANAK MOHON DOA


Akibat terlalu banyak asid dalam darah sehingga merebak ke hati, pelakon era 80-an, Norlida Ahmad, 58, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat perubatan Universiti Malaya kelmarin.





"Kami sekeluarga terkejut apabila ummi dimasukkan ke hospital kerana dia tidak pernah sakit teruk sebelum ini dan sangat menjaga pemakanannya sejak dulu,”

"Saya menghubungi ambulans apabila melihat ummi mula menggigil dan seperti hendak demam panas Jumaat lalu. Ummi terus dimasukkan ka wad ICU kerana keadaannya lemah dan tekanan darah rendah.

"Menurut doktor terlalu banyak asid dalam darah sehingga merebak ke hati sehingga berlaku jangkitan kuman pada buah pinggangnya," katanya.

Klik untuk gambar besar


Anak perempuannya, Ally Marisha Afrina Abdullah, 18, memberitahu yang ibunya berada dalam keadaan stabil biarpun tetap di bawah pemantauan doktor.

"Tekanan darah ibu pun sudah kembali normal. Pada mulanya, ibu dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu kerana terlalu banyak asid dalam darah sehingga berlaku jangkitan kuman pada buah pinggangnya.

"Semalam, ibu terpaksa dimasukkan ke ICU pula kerana ia sudah merebak ke hati. Alhamdulillah, ibu kini sudah stabil dan dia masih lagi di bawah pemantauan doktor," jelasnya.

Kata Ally, doktor masih mencari punca sebenar penyakit berkenaan memandangkan ibunya seorang yang begitu peka dalam penjagaan makanan.



"Saya belum dimaklumkan pihak hospital bila ummi akan dibenarkan keluar dari wad ICU kerana doktor masih membuat pemeriksaan terhadap penyakitnya.

"Saya ditemani makcik menjaga ibu di hospital sejak beberapa hari lalu. Setahu saya, dia selalu jaga makan. Sekarang ini doktor cuba mengesan punca penyakit itu," ujarnya.

Apapun, kata Ally, dia meminta semua pihak terutama sahabat handai dan rakan artis untuk sama-sama mendoakan agar ibunya kembali sihat seperti dulu.

"Ummi masih terbabit dalam bidang seni tanah air. Namun, dia sangat selektif dari segi tawaran berlakon dan hanya memilih projek bersama rakan baiknya saja. Ibu juga baru selesai penggambaran projek filem tahun lalu," tuturnya.



Mengimbas latarnya, Norlida atau lebih mesra disapa Connie adalah antara pelakon wanita paling popular pada era 1980-an.

Antara filem popular lakonannya adalah Tujuh Biang Keladi (1984), Bujang Lapok Kembali Daa (1986), Suara Kekasih (1986), Marah-Marah Sayang (1987), Gila-Gila Si Pikoy (1987), Dendang Remaja (1988), Tuah (1988), Guru Badul (1988) dan Sumpahan Mahsuri (1989).

Sepanjang pembabitan bidang perfileman, Connie dua kali dicalonkan dalam kategori Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia, masing-masing menerusi filem Tujuh Biang Keladi dan watak lagenda Mahsuri dalam Sumpahan Mahsuri.

Beliau juga dipilih oleh peminat hiburan tempatan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 1989. Tidak ketinggalan, dia turut menggenggam trofi Pelakon Pembantu Filem Popular pada ABPBH 1990.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: