02 January 2018

AKUI BELI SECARA TUNAI - ALIFF SYUKRI TERKILAN PERKATAAN 'SITA'


Semua sedia maklum mengenai berita kereta mewah jenama Rolls Royce milik usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang dilaporkan disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini.





Namun begitu, Pengarah Urusan dan Pengasas Produk Kecantikan, D' Herbs Healthy Sdn Bhd itu memberitahu yang beliau berasa terkilan dengan perkataan 'sita' yang digunakan akhbar.

Ini kerana Aliff Syukri menjelaskan yang beliau lebih dari mampu membeli keretanya itu secara tunai.

Jelasnya, dakwaan penggunaan 'sita' seolah menggambarkan beliau tidak berkemampuan membeli kereta berjenama mewah itu sedangkan beliau membelinya secara tunai dan tidak berhutang.

Klik untuk gambar besar


Katanya berhubung dengan dakwaan orang ramai mengecam dirinya tidak membayar kereta itu.

"Saya beli Rolls Royce itu secara tunai (cash), dan tiada hutang lagi. Saya lebih mampu untuk membelinya," ujarnya yang kini sedang bercuti bersama keluarga di luar negara.

Merujuk kepada kereta milik syarikatnya didaftarkan dan memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM) Sarawak, katanya beliau tidak mengetahui mengenai perkara berkenaan kerana memiliki banyak kenderaan.

"Secara jujur, saya tidak tahu menahu mengenai kereta itu apatah lagi saya kini berada di luar negara," tuturnya yang turut memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dengan insiden itu.










www.myartis.com / Sumber: Astro Awani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: