02 January 2018

"MOHON SEJUTA KEMAAFAN" - IZREEN AZMINDA LUAH RASA HATI


"Jika kamu mampu memaafkan kekhilafan orang lain ketika hati kamu terlalu sakit dan sedih.. percayalah.. bahagia dan tenang itu akan sentiasa bersamamu. Itulah pesanan hamba Allah yang saya pegang sehingga hari ini...





"Dan bersempena tahun baru ini.. saya memohon sejuta kemaafan kepada semua dan begitu juga memaafkan mereka-mereka yang membenci.. menghina.. menfitnah.. membuka aib.. ataupun menjatuhkan hukum keatas diri saya..

"Telah saya kosongkan hati dan fikiran saya dari perasaan dan rasa yang negatif.. saya hanyalah manusia biasa dan hamba Allah yang satu.. yang tidak mungkin akan terlepas dari melakukan kesilapan serta menerima ujian dan ketetapan dari-Nya...

"Apa yang saya harapkan hanyalah doa yang sebaik-baiknya dari awak semua.. dan begitu juga dengan saya.. mengharapkan awak semua juga diberi kebahagiaan yang abadi dunia akhirat...????," tulis pelakon Izreen Azminda di laman Instagram.

Klik untuk gambar besar


Ingin membuka lembaran baru sempena tahun 2018, Izreen tampil memohon maaf sekiranya beliau ada menyakiti hati mana-mana individu sepanjang tahun lalu.

Turut menjadi mangsa kecaman netizen terutama sekali berkaitan kontroversi beliau mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Radzi Wahid atau Ude yang berstatus suami orang, Izreen pada masa yang sama memaafkan semua yang memfitnah serta mengaibkan beliau.

Dalam status itu, Izreen memohon maaf kepada semua yang terkesan dengan berita pernikahan rahsianya itu.



Selain itu, Izreen sempat membuat kenyataan dimana ramai yang percaya dituju khas buat madunya, isteri pertama, Intan Liana.

Coretan itu berbunyi, andai individu itu mampu memaafkan kesilapan orang ketika diri sendiri sedang bersedih, bahagia menanti buatnya.

Sebelum ini, Izreen sekali lagi mencetuskan kemarahan orang ramai apabila memuatnaik gambar mesra bersama ibu mertua dan suami disisi ketika menyambut hari jadi anak tirinya.

Ramai yang tidak berpuas hati kerana tiada kelibat isteri pertama hadir bersama seolah tidak dijemput.










www.myartis.com / Sumber: Izreen Azminda IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: