01 January 2018

ROLLS ROYCE MILIK ALIFF SYUKRI ANTARA DISITA OLEH JPJ


Menerusi laporan Harian Metro hari ini, kereta jenama Rolls Royce milik usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri merupakan antara 20 kenderaan yang disita dalam Op Patuh di Bangsar malam semalam.





Dalam operasi bermula 8.30 malam itu, kereta mewah berkenaan yang disewa warganegara Australia itu disita kira-kira 11 malam, kerana kesalahan kawasan pengisytiharan penggunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Pemeriksaan JPJ melalui sistem jabatan itu mendapati kereta berkenaan didaftarkan atas nama Pengarah Urusan D'herbs Holding Sdn Bhd tersebut.

Klik untuk gambar besar


Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, selain kesalahan berkenaan kenderaan berkenaan turut disaman kerana nombor plat tidak mengikut spesifikasi.

Beliau berkata, kenderaan berkenaan menggunakan LKM Sarawak dengan harga RM5,000 iaitu jauh lebih murah berbanding LKM yang patut digunakan.

"Siasatan mendapati harga sebenar LKM yang perlu dibayar kira-kira RM20,000. LKM di negeri itu (Sarawak) hanya boleh digunakan untuk kenderaan di negeri berkenaan sahaja dan kita sedang menyiasat bagaimana kenderaan berkenaan boleh berada di semenanjung," katanya.



Mengulas operasi berkenaan, Wan Ahmad Uzir berkata, 2,080 kenderaan diperiksa dalam operasi di Jalan Bangsar dan Jalan Genting Klang.

"Sebanyak 297 kenderaan dikenakan tindakan kerana pelbagai kesalahan, antaranya menggunakan nombor plat tidak mengikut spesifikasi, LKM tamat tempoh dan tiada lesen memandu.

"Operasi membabitkan 170 anggota dan pegawai turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," jelasnya.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: