01 January 2018

FIZO KONGSI DETIK INDAH LIHAT KELAHIRAN ZURIATNYA SENDIRI


Menerusi laman Instagram, Fizo Omar telah bercerita tentang pengalamannya dan memberitahu sukar untuknya gambarkan perasaan ketika melihat isterinya, Mawar Abdul Karim melahirkan zuriat mereka secara pembedahan yang dinanti-nantikan selama 4 tahun.





Dalam posting itu, Fizo meluahkan rasa syukur kerana akhirnya dapat merasai nikmat mempunyai zuriat walaupun ia mengambil masa yang agak lama dengan pelbagai cabaran yang dilalui.

"AKU TGK BABY AKU KELUAR!!! Tak tahu mcm mne aku nk cakap perasaan aku masa tu bila aku lihat sendiri Dr Hamid Arshat dan assistant nya 'memotong' perut mawar secara live depan mata aku dan keluar kan zuriat aku dan mawar yang 4 tahun aku menunggu baby ni.

"Syukur Alhamdulillah aku diizinkan oleh NYA utk merasai nikmat mempunyai zuriat walaupun mengharungi satu tempoh yg agak lama pada aku dan juga pelbagai cabaran untuk mawar nak hamil dulu.

Klik untuk gambar besar


"Dan aku juga diberi peluang utk masuk ke dalam bilik bedah mengharungi setiap saat getir mawar bertarung nyawa utk melahirkan baby pertama kami," tulisnya.

Malah Fizo turut memberitahu dirinya bagaikan bermimpi apabila melihat dengan matanya sendiri percikan darah dan air ketuban Mawar sewaktu bayi mereka dibawa keluar.

Menurutnya lagi, sewaktu melihat doktor menarik keluar kepala anaknya, dia terus mengalirkan air mata dan terpaku melihat zuriatnya sendiri.



"Percikan darah dan air ketuban yg aku tgk tu mcm tak percaya yg aku boleh masih lg berdiri dan terus melihat 'magic moment' tu.

"Dalam kepala aku bukan la nk memikirkan psl darah atau perut bini aku 'ditebuk' tapi yang aku fikirkan dan risaukan adalah bagaimana keadaan anak aku, dan aku tidak sabar nak tengok zuriat aku sendiri.

"Ye lah mana tak nya, bukan sahaja 4 tahun aku menunggu, malah sejak dari bujang lagi aku memang tak sabar nak ada anak sendiri. mempunyai anak adalah salah satu GOAL utama dalam hidup aku.



"Masa aku tengok Dr Hamid menarik kepala anak aku keluar,tiba-tiba air mata aku mengalir dengan sendiri dan aku tak terkata apa terpaku kat situ..

"Subhanallah aku mcm tak percaya… WEHHHHH..aku dah jadi daddy!!!.. itu lah yg bermain di kepala aku. Aku sampai xde kekuatan utk nk pegang baby tu masa tu dan aku hanya mampu tengok dan layan je apa yg nurse sedang buat kat anak aku.

"Dieorng tepuk tapak kaki n baby terus nangis, lagi kuat baby nangis, lagi kuat air mata aku mengalir keluar, Ya ALLAH.. syukur kepada mu ya Allah…

"Tibalah saat yg paling aku nantikan….AZAN seorang bapa.. nanti aku sambung lagi cter aku..," cerita Fizo yang membuatkan rata-rata netizen tersentuh dan sebak dengan perkongsian tersebut.




www.myartis.com / Sumber: Fizo Omar IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: