24 January 2018
DIBAYAR SEPERTI PELAKON BAHARU - ALIFF SYUKRI TAK LETAK HARGA TINGGI
Kini bergelar pelakon drama dan filem, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memberitahu bayaran yang diterimanya untuk berlakon sama seperti pelakon baharu lain.
Dalam masa sama, Aliff berkata yang dia tidak meletakkan harga yang tinggi berikutan dia bukan pelakon berpengalaman dan masih belajar.
"Saya berlakon suka-suka sahaja tapi banyak pula tawaran. Saya tidak boleh ambil semua kerana tiada masa yang banyak untuk itu.
"Bayaran saya untuk berlakon tidak banyak macam pelakon baru dapat. Dalam RM1,000 lebih sahaja untuk satu drama atau satu episod," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Aliff bakal keluar dengan filem pertamanya berjudul 'Badang' pada 15 Februari depan. Manakala drama lakonannya berjudul 'Toyol Ke London' juga baharu ditayangkan bulan lalu di Astro Ria.
Sementara itu, bercerita tentang lagu 'Abang Nak Tegur', Aliff berkata, dia masih lagi dalam rangka promosi lagu berkenaan.
"Alhamdulillah, sambutan baik dan sudah pun dimainkan di radio tempatan dan pencalonan Muzik-Muzik. Insya-Allah, pihak syarikat rakaman ada perancangan untuk single kedua saya, sebagai penyanyi saya ikut sahaja yang terbaik," katanya.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment