23 January 2018

ANTARA CALON COUPLE MELETOP AME 2018 - IZREEN & UDE DIPERTIKAI


Anugerah Meletop Era (AME) yang bakal berlangsung pada 8 April depan di Axiata Arena, Bukit Jalil itu sudah pun mengeluarkan senarai artis yang tercalon dalam beberapa kategori yang dipertandingkan.





Namun, apa yang menjadi bualan hangat netizen ialah pasangan Izreen Azminda dan Ude boleh tercalon dalam kategori Couple MeleTOP AME 2018.

Rata-rata kurang bersetuju dengan pencalonan itu memandangkan perkahwinan Izreen penuh dengan kontroversi sehingga beliau dilabel sebagai perampas suami orang sebelum ini kerana merahsiakan pernikahan tersebut daripada isteri pertama Ude.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, pengakuan Izreen yang sudah bernikah secara rahsia bersama Ude menggemparkan peminat dunia hiburan tempatan kerana perkahwinan itu tidak mendapat keizinan isteri pertama Ude iaitu Intan Liana.

Dikecam sebagai perampas, Izreen tampil memberitahu beliau tidak meruntuhkan masjid yang dibina oleh Ude dan Intan tetapi hanya “extend” sahaja masjid itu.












www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: