23 January 2018

BUAT DOA SELAMAT - SITI NURHALIZA TAK RANCANG ADAKAN 'BABY SHOWER'


"Saya memang tidak ada perancangan untuk mengadakan sebarang majlis baby shower untuk menyambut kelahiran bayi sulung.





"Baru-baru saya dan suami ada membuat majlis doa selamat yang dihadiri keluarga, anak-anak tahfiz serta rakan terdekat sahaja," kata penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39, yang bakal menyambut kelahiran puteri sulungnya pada bulan Mac depan.

Kata Siti lagi, dia juga akan melalui proses berpantang selama 44 hari seperti wanita lain dan membuat latihan vokal serta mengembalikan tenaga untuk aktif semula dalam nyanyian.

"Sama seperti wanita lain juga, saya akan melalui proses berpantang selama 44 hari dan selain itu akan melakukan latihan vokal.

Klik untuk gambar besar


"Saya juga akan mengembalikan stamina atau tenaga untuk aktif semula menyanyi selepas bersalin nanti," tuturnya.

Bercerita mengenai lagu terbarunya berjudul 'Comel Pipi Merah', ia merupakan idea daripada lagu yang dinyanyikan oleh arwah bapanya untuk anak-anak serta cucu ketika kecil.

Menurut penyanyi lagu 'Segala Perasaan' itu, suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra dengan panggilan Datuk K turut menyukai lagu tersebut ketika pertama kali mendengarnya.



"Idea lagu tersebut saya ambil daripada arwah bapa saya sendiri yang suka nyanyikan untuk anak-anak dan cucunya ketika kecil.

"Cuma saya ada ubahkan rentaknya sedikit. Pertama kali suami saya dengar dia dah tersengih dan sangat sukakan lagu itu," ujarnya.

Buat pertama kali siti menyanyikan lagu tersebut istimewa buat semua peminat pada majlis ulangtahun kelab peminatnya, Sitizone yang ke-14 serta hari lahirnya yang ke-39.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: