23 January 2018

KELUAR BAJU JENAMA 'SYERIV' - SYATILLA MELVIN NAFI 'JUAL ANAK'


Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, 27, memberitahu yang dia akan mengeluarkan baju jenama 'Syeriv' iaitu nama anak sulungnya, Syeriv Samheizy.





Bagaimanapun, Syatilla atau nama penuhnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin menafikan menjual atau mempergunakan anaknya sebagai punca pendapatan dia dan suami iaitu pelakon Shaheizy Sam.

Ini kerana kata Syatilla, pendapatan yang diperoleh itu adalah untuk simpanan masa depan kanak-kanak itu.

"Alhamdulillah rezeki dia sangat murah banyak tawaran dan kami juga merancang untuk keluarkan sendiri baju jenama Syeriv.

Klik untuk gambar besar


"Tiada istilah saya menjual anak atau mempergunakan dia kerana dari awal lagi saya sudah berbincang dengan suami bahawa pendapatan yang dia perolehi adalah untuk masa depan dia nanti," ujarnya.

Syatilla ditemui pada majlis sidang media pengumuman pencalonan awal Top 20 Anugerah Meletop Era 2018 (AME 2018) Syeriv Samheizy tersenarai antara 20 Si Cilik Meletop.

Antara yang turut tersenarai ialah Lara Alana (anak Awal & Scha), Yusof Iskandar (anak Hairul Azreen & Hanis Zalikha), Aaisyah Dhia Rana (anak Zain & Che Ta), Aisy Mateen (anak Fadzil Zahari & Yana Samsudin), Keisha Laila (anak Nabila Huda dan bekas suami) dan Aqeef Anaqi (anak Amar Baharin dan Amyra Rosli).



Sementara itu, Syatilla mengakui kehadiran bayi tersebut memberi rezeki kepada rumah tangganya.

"Betul apa yang orang kata tentang rezeki anak. Saya nampak rezeki selepas melahirkan dia datang dalam pelbagai bentuk. Sekarang saya bersyukur ramai orang yang sayang dia dan mahu tengok dia," tuturnya.

Sementara itu, ditanya tentang isu mengoncang tangan anak, Syatilla berkata, dia tidak mengkasari anaknya itu.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: