17 January 2018

DIIKAT JAMIN RM12K - FARID BERSYUKUR CERITA HIDUP MAKIN MENARIK


Menyifatkan kontroversi yang melanda dirinya ketika ini sebagai dugaan dalam menjadikan perjalanan hidupnya lebih menarik, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil, 37, bersyukur telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000 oleh adiknya, Fadzil Zahari.





Farid dibebaskan selepas lima hari ditahan reman bagi membantu sisatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada 11 Januari lalu.

"Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memberikan cerita jalan hidup saya semakin hari semakin menarik," kata Farid sejurus selepas selesai urusan ikat jamin di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya petang semalam.

Dalam pada itu, Farid juga memberitahu dia akan bertemu dengan dua orang anaknya iaitu Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3, secepat mungkin.

Klik untuk gambar besar


Malah pelakon filem Tombiruo ini juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyokongnya dan sempat berpesan kepada peminat agar menjadi diri serta keluarga.

"Saya rindukan anak-anak saya. Insya-Allah akan bertemu mereka secepat mungkin. Alhamdulillah, saya berasa lebih baik dan bersyukur pada Allah.

"Saya berterima kasih pada semua orang yang menyokong. Kepada semua di luar sana, jaga diri baik-baik, jaga keluarga dan ingat Allah selalu. Assalammulaikum," ujarnya.

Farid sebelum ini mengaku tidak bersalah diatas keempat pertuduhan terhadapnya. Manakala mahkahmah memutuskan perbicaraan selanjutnya bagi kes itu pada 5 Mac ini.



Farid minta dibicarakan selepas semua pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi semalam.

Sementara itu, Fadzil, 34, yang ditemani oleh adiknya, Dr. Anis Anwar, 30, meluahkan rasa lega apabila mahkamah membenarkan abangnya dibenarkan diikat jamin dan turut merancang untuk membawa Farid bagi mendapatkan rawatan serta melakukan pemeriksan kesihatan.

"Kami sekeluarga turut merancang untuk mendapatkan rawatan di hospital secara moden atau tradisional di Kuala Lumpur terlebih dahulu.

"Kemudian, setelah segalanya selesi, kami akan memebuat keputusan sama ada untuk meneruskan rawatan di Kuala Lumpur mahupun membawanya pulang ke Kedah," kata suami kepada pelakon, Yana Samsudin.






www.myartis.com / Sumber: mStar & Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: