20 January 2018
DIKECAM BUANG IMEJ NASYID: "SELAGI TAK LANGGAR SYARAK" - FAKHRUL UNIC
Tidak menghiraukan segala kecaman peminat yang mendakwa imej mereka kini tidak melambangkan artis nasyid, salah seorang anggota UNIC, Fakhrul memberitahu yang mereka ada sebab mengapa mengubah imej tersebut.
"Sejak menyertai Gema Gegar Vaganza (GGV) lagi kami sudah mula mengubah imej kami dengan hanya bertopi atau berambut pacak tanpa kopiah atau jubah seperti kebiasaannya.
"Namun nampaknya ada sesetengah peminat yang tidak dapat menerima perubahan ini dan terus mengecam kami sehingga kini.
"Sebenarnya UNIC sudah 15 tahun duduk dalam kelompok yang sama iaitu orang-orang di surau, masjid dan insititut pengajian Islam sahaja.
Klik untuk gambar besar
"Kini sudah tiba masanya kami cari peminat baru dan kelompok yang lebih besar seperti menyanyi di atas kapal cruise, di majlis-majlis korporat mahupun menarik minat golongan mat rempit.
"Kami tahu orang muda ni suka berfesyen dan berlawak, jadi kita cuba untuk mengikuti peredaran semasa selagi ia tidak melanggar syarak," ujarnya.
Sementara itu, Bazli memberitahu untuk single terbaharu berjudul 'Sedar', mereka cuba kelainan untuk berkolaborasi dengan rapper Caprice.
"Kami cuba kelainan kali ini dengan mengubah sedikit genre lagu kami yang tidak kedengaran seperti lagu nasyid tetapi mempunyai mesej yang baik untuk disampaikan.
"Pertama kali berkolaborasi dengan Caprice, kami rasa ia satu langkah yang baik untuk kami kumpul peminat muzik hip hop pula," katanya.
Single 'Sedar' yang merupakan lagu ciptaan Omar K dan Ikhwan Fatana itu sudah mula diperkenalkan di laman Youtube.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment