20 January 2018

NAFI DAKWAAN PAPAGOMO - JAKIM SAHKAN JANTINA SAJAT DALAM SEBULAN


Dakwaan Papagomo baru-baru ini yang mengatakan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan jantina Nur Sajat Kamaruzzaman sebagai lelaki itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, JAKIM, Dr Mohd Izwan Md Yusof.





Ini kerana katanya yang juga pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), ketika ini JAKIM masih lagi menjalankan beberapa proses untuk mengenalpasti identiti usahawan kosmetik itu secara rasmi.

Proses itu dijalankan atas persetujuan bersama dengan tuan empunya badan dan perlu disahkan oleh Pakar Kajian Syariah sebelum mengumumkan keputusan jantina Sajat.

"Proses ini akan mengambil masa panjang kerana ia melibatkan banyak pihak. Dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minimum," katanya melalui Facebook semalam.

Klik untuk gambar besar


Selain itu katanya, ia juga perlu disahkan oleh sekumpulan panel Pakar Kajian Syariah yang diurusetiakan JAKIM.

Selasa lalu, JAKIM menemui jalan penyelesaian dalam mendapatkan pengesahan mengenai identiti sebenar Sajat selepas mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik itu di Wisma Nur Sajat di Shah Alam, Selasa.

Difahamkan, hajat pihak JAKIM untuk mengadakan pertemuan dengan Sajat ekoran cemuhan dan kecaman netizen sejak kebelakangan ini berhubung isu identiti Sajat.

Papagomo yang mendakwa JAKIM


Sebelum ini, Papagomo menerusi sebuah video telah membuat pendedahan mengenai hasil siasatan JAKIM kepadanya. Papagomo mendakwa Nur Sajat melalui pengakuan ibu bapanya ialah seorang lelaki.

Malah, pihak JAKIM dikatakan tidak mahu mendedahkan perkara tersebut kerana diminta oleh Sajat yang malu untuk mengakui jantina sebenarnya itu.

"Saya dapat panggilan telefon dari pihak JAKIM, yang mana pihak JAKIM mengatakan bahawa Sajat seorang lelaki. Jadi saya cakap, kenapa tidak diberitahu (kepada orang ramai)? Sajat meminta untuk tidak diberitahu kerana dia malu.

Dalam masa sama, Papagomo turut memberitahu yang beliau mempunyai salinan kad pengenalan Sajat yang membuktikan dirinya seorang lelaki.










www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: