28 January 2018

DIKRITIK BERTATU: "SAJA SUKA-SUKA, LAGIPUN ITU INAI" - SYAFIE NASWIP


Baru-baru ini menerusi laman Instagram, pelakon yang berbakat besar, Syafie Naswip telah memuatnaik beberapa keping gambar yang memaparkan dirinya tampil dengan imej bertatu di bahagian lengan.





Pelakon yang pernah dinobatkan sebagai pelakon terbaik dalam filem 'Mukhsin', 'Talentime' dan 'Songlap' itu bagaimanapun telah menerima kecaman hebat dari netizen dan rata-ratanya beranggapan perbuatan tersebut adalah tidak seiring dengan ajaran Islam.

Syafie bagaimanapun enggan mengambil peduli dan ambil pendirian 'kunci mulut' berhubung perkara itu.

Klik untuk gambar besar


Menurut Syafie, tiada yang mahu dijelaskan berhubung gambar tersebut yang telah mencetuskan perbalahan dalam kalangan peminatnya.

"Saja suka-suka sebab saya sedang bercuti di Bali, Indonesia. Lagipun itu inai sahaja. Tahan untuk seminggu.

"Memang tidak ada apa-apa untuk dijelaskan. Bagi saya tidak ada apa pun. Tiada isu. Saya tak ada sebarang kenyataan untuk itu," katanya.










www.myartis.com / Sumber: mynewshub


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: