29 January 2018

PERLU MASA - ALMY NADIA SELESA DIPANGGIL TANPA GELARAN DATIN


Akui masih terkejut dengan pengiktirafan diterima suaminya Fizz Fairuz iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, Almy Nadia memberitahu yang dia dan suami hanya mengetahui perkara tersebut dua hari sebelum majlis istiadat berlangsung.





"Saya masih terkejut sebenarnya dan seperti tidak percaya kerana perkara ini juga kami baharu sahaja dapat tahu pada Rabu lalu.

"Saya sendiri simpan rahsia itu dan kalau boleh tidak mahu kecoh-kecoh, tidak sangka pula ada laporan berita berkenaan pengiktirafan itu," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang gelaran Datin, Almy berkata yang dia lebih selesa dipanggil tanpa gelaran tersebut. Katanya, bukan niat menolak, sebaliknya, memerlukan masa untuk memikul gelaran itu.

Klik untuk gambar besar


"Saya hormati pangkat yang diberi ini tapi buat masa ini panggil saya Almy sahaja, tak perlu panggil Datin," tuturnya.

Pada Sabtu lalu, Fizz telah menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada Sabtu.

Pelakon drama 'Kekasih Paksa Rela' ini antara 197 penerima darjah kebesaran dan pingat tersebut.

Sementara itu, Almy berkata, dia bersyukur penat lelah suaminya selama tiga tahun mempromosikan pelancongan negeri itu akhirnya dihargai.



Katanya, dia antara individu paling rapat yang mengetahu susah payang Fizz dalam mengusahakan syarikat mereka Rain Maker Creation Sdn Bhd.

"Alhamulillah, ini rezeki Allah yang kita tidak sangka dan sebagai orang kanan dan pembantu dia saya menyaksikan sendiri usaha dan penat lelah dia membahagikan masa.

"Jika dia sibuk dengan lakonan saya dan beberapa pekerja yang akan turun padang menguruskan majlis-majlis yang syarikat kami anjurkan," katanya.














www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: