29 January 2018

KONGSI VIDEO CALL & AYAT-AYAT 'ROMANTIS' - FASHA KINI DILAMUN CINTA?


Siapa yang mengikuti perkembangan Fasha Sandha, pasti mengetahui bahawa hati pelakon itu sejak kebelakangan ini agak 'berbunga'.





Bermula dengan memuatnaik surat terbuka buat bakal suami, ramai yang bertanya adakah beliau sudah bertemu dengan teman istimewa?

Terbaru, Fasha menarik perhatian ramai lagi dan di gosipkan sedang dilamun cinta apabila memuatnaik satu 'screenshot' panggilan video bersama seorang jejaka di Insta Stories beliau.

Klik untuk gambar besar


Walaupun menutup wajah jejaka tersebut, Fasha dilihat menulis ayat-ayat yang penuh romantis berbunyi: "You make me happy when skies are gray. Please don’t take my sunshine away".

Kalau Fasha bercinta pun apa salahnya, beliau juga sudah lama bergelar janda. Setiap manusia di dunia ini pasti ingin mencintai dan dicintai.

Semoga Fasha dipertemukan dengan jejaka yang ikhlas menyayanginya dan semoga bahagia selalu disamping insan tercinta.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: