17 January 2018
IQRAM DINZLY RESPON KENYATAAN FATHIA LATIFF, 'BUNUH DIRI'
Baru baru ini, pelakon yang terlibat dengan kontroversi hangat sebelum ini, Fathia Latiff telah menyerang Iqram Dinzly menerusi beberapa komen ditinggalkan semasa aktor itu membuat satu video live dengan meminta Iqram supaya membunuh diri.
Ramai memberikan reaksi negatif apabila mendapat tahu yang Fathia meninggalkan komen sebegitu di laman Instagram Iqram.
Iqram melalui rakaman perbualan telefon semalam telah memberikan kenyataan beliau sendiri tentang tindakan pelakon wanita tersebut.
Klik untuk gambar besar
"Saya pun tidak tahulah sama ada beliau mahu bergurau atau apa tetapi saya pun mahu bergurau juga — aku tahu kau pergi keluar negara larikan diri 'kan? Lebih baik kau pun sama bunuh diri," ujar Iqram.
Cuma sekarang ini kita masih belum dengar penjelasan dari Fathia sendiri. Mahu juga kami tahu apa motif sebenar Fathia berbuat demikian sedangkan ramai sedang menyokong Iqram untuk berubah lebih positif.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment