17 January 2018
"AKHIRAT NANTI SUSAH" - SHARNAAZ MAHU SAJAT BERTERUS-TERANG
Pertemuan usahawan yang juga kini penyanyi, Nur Sajat dengan Jakim semalam sememangnya mendapat perhatian ramai, termasuk selebriti tanah air, Sharnaaz Ahmad.
Menerusi laman Twitter, Sharnaaz telah menegur Sajat supaya berterus-terang sahaja dengan status jantina, tanpa berselindung lagi.
Dalam kenyataan itu, Sharnaaz menggesa supaya semua pihak tidak terus 'menghalalkan' apa yang dilakukannya agar tidak mempengaruhi orang lain.
"Sajat, kalau ko pondan kami tak marah, quit playing games with our heart. Paling kuat pun gam kan dia dari TV media sosial and viral.
"Jgn buat dono je akhirat nanti susah kalau disoal... Anda nampat buat apa?? Ikut menyanyi sekali.. Baru kena tibai 7kaki dalam... Tolong tag dia," tulis Sharnaaz.
Klik untuk gambar besar
Selain itu Sharnaaz turut mempersoalkan tanggungjawab sebagai orang Islam yang memerhatikan saja, seolah menyokong individu yang dipanggil 'pondan' ini.
Rata-rata ramai yang bersetuju dengan pendapat Sharnaaz, selain turut 'tag' nama Sajat di ruangan komen.
Apapun kami tertanya-tanya juga apa jalan penyelesaian yang dicapai hasil perjumpaan Sajat dengan pihak Jakim semalam.
Harapnya terungkai persoalan mengenai status jantina Sajat, sudah lama rasanya semua menunggu jawapannya.
www.myartis.com / Sumber: Oh Bulan & Sharnaaz Ahmad Twitter
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment