18 January 2018

"SEDAR & HENDAK PULANG (DATUK), ITU LEBIH BAIK" - PEMANGKU RAJA PAHANG


"Semua individu yang mendapat (gelaran) Datuk, telah tersurat dan tersirat dalam etika untuk (layak) memakai gelaran ini.





"Kalau hendak diikutkan hati, nak tarik semua (anugerah kebesaran negeri). Saya dukacita kalau terdapat individu yang digelar Datuk berkelakuan seperti ini.

"Kalau dia hendak pulangkan, terpulanglah. Kalau dia sedar dan dia hendak pulangkan, itu lebih baik," titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kepada pemberita kelmarin.

Baginda bertitah demikian ketika mengadakan lawatan ke atas mangsa kebakaran tiga buah rumah di Perkampungan Sungai Isap yang hangus dijilat api dalam kejadian baru-baru ini.

Kata Tengku Abdullah, baginda menerima baik sekiranya pelakon terkenal dan penerbit filem, Datuk Farid Kamil Zahari dengan rela hati memulangkan semula Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP).

Klik untuk gambar besar


Tengku Abdullah turut mengakui berasa dukacita selepas dikejutkan dengan tindakan pelakon tersebut yang ditahan dan didakwa di mahkamah kerana menampar seorang anggota polis di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Sebagai rekod, Farid Kamil menerima anugerah DIMP di Istana Abu Bakar, Pekan pada 16 Disember tahun lalu yang membawa gelaran Datuk.

Ujar Tengku Abdullah lagi, baginda tidak mahu menghukum mana-mana pihak bergelar Datuk sekiranya individu terbabit melakukan kesalahan.

"Saya bukan mahu menghukum, tapi mereka sendiri yang tersalah langkah. Kalau kita hendak tarik semula (gelaran Datuk), kita juga harus mengikut prosedur. Tapi kalau dia hendak pulangkan, itu cara terbaik," tambah baginda.




www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: