09 January 2018

MOHON MAAF ISU 'CHE MAT': "SEORANG USTAZ BERKELAKUAN BEGITU" - IQRAM


"Dengan rasa rendah diri dan penuh ikhlas, ingin saya katakan tiada langsung niat untuk menyekutukan Allah inikan pula hendak menghina Nabi Muhammad SAW.





"Inilah pegangan keluarga saya sejak azali lagi. Setiap hari saya mengucapkan dua kalimah syahadah," kata pelakon Iqram Dinzly, 36, yang tampil memohon maaf kepada semua dan mengakui dirinya juga manusia tidak sempurna kerana terlepas cakap.

Permohonan maaf itu dibuat Iqram kepada seluruh masyarakat Malaysia yang tersinggung dengan kenyatannya mengenai Tok Guru Che Mat yang didakwa ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW.

Tindakan menggelarkan Nabi Muhammad SAW sebagai Che Mat, Iqram telah dikecam hebat kerana dianggap menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Klik untuk gambar besar


Untuk pengetahuan, tindakan Iqram hanya disedari selepas video yang dimuatnaik oleh seorang Ustaz yang tegas menegur cara percakapan pelakon itu.

Dalam kenyataan itu, Ustaz tersebut berpandangan Iqram tidak sepatutnya memanggil Nabi Muhammad dengan nama Che Mat sebaliknya perlu memuliakan Rasulullah.

Bagaimanapun Iqram menganggap teguran yang diberi tidak beradab dan tidak bercirikan seorang ulama yang penuh adab sopan.



"Orang luar boleh nilai sendiri perilaku seorang yang dikatakan Ustaz boleh berkelakuan begitu. Saya lebih menghormati cara mufti walaupun buat surat terbuka namun ia jelas adab dan adat sopan untuk berinteraksi di alam maya.

"Sekiranya ia satu bentuk publisiti, ambillah saya izinkan. Cuma saya tidak akan memohon maaf dan tidak akan bersua dengannya sampai mati disebabkan tindakan kurang ajar menyentuh soal arwah ayah saya iaitu 'sekiranya ayah kau masih hidup' dalam video yang dimuatnaik di YouTube.

"Pertanyaan saya adakah itu dinamakan cara berhemah untuk menegur yang dikatakan sunnah Rasullullah SAW?," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: