19 January 2018

TAMPIL ALA 'BOY CUT' - PEMINAT PUJI GAYA BARU DIANA DANIELLE


Pelakon dan penyanyi Diana Danielle semalam telah tampil dengan imej baru iaitu potongan rambut pendek ala 'boy cut' selepas suaminya, Datuk Farid Kamil ditahan akibat didakwa menampar anggota polis minggu lalu.





Imej terbaru pelakon drama 'My Coffee Prince' yang dimuatnaik di InstaStory itu telah mencuri perhatian peminatnya di laman Instagram yang rata-ratanya mengatakan imej tersebut mirip Sofea Jane masa muda.

Kebanyakan peminat memuji penampilan baharu itu dan berpandangan Diana kelihatan lebih muda dan segar dengan potongan rambut pendek.

"Sekali pandang macam Sofea Jane. Nampak muda remaja. Alamak sis, handsome teruk lah rambut pendek. By the way, selamat berjaya," komen netizen.

Klik untuk gambar besar


Malah, ada juga yang menggunakan kesempatan itu dengan memberikan kata-kata semangat kepada ibu kepada dua cahaya mata itu.

"Semoga tabah hadapi ujian yang melanda keluarga anda sekarang. Semoga rahmatnya sentiasa mengiringi anda dan keluarga.

"Moga berjaya Didie, jangan campurkan urusan peribadi dan kerja ya. Hidup ini mesti diteruskan," tulis peminat.



Pelakon filem 'Hanyut' ini turut membuka semula ruangan komen di laman sosialnya itu setelah beberapa hari menutup ruangan tersebut.

Sementara itu, pelakon Janna Nick turut memuatnaik aksi mencuit hati Diana di menerusi Insta Story miliknya: "Abang Didie...".

Keletah dua aktres ini turut menarik minat pengikut sehingga ada yang memuatnaik semula rakaman tersebut di laman sosial.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: