19 January 2018

BEKAS ISTERI PERTAMA - ADI PUTRA SELAMAT NIKAHI SEMULA


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelakon Datuk Adi Putra, 36, yang selamat melangsungkan pernikahan dengan bekas isterinya, Aida Yusof atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof, 43, semalam (18.1.18).





"18.1.18 CONTINUITY OF 12 YEARS. Syukur Pada Allah dan terima kasih pada yang hadir dan juga mendoakan buat Saya dan @aidayusof15.

"Semoga Allah permudahkan urusan kita bersama sebagai Ummah. Ameen 😎 #taatpadayangsatu #adpfamili #allahuakbar," kata Adi selepas selamat bergelar suami semula kepada Aida.

Berita itu turut dikongsi oleh rakan baik pasangan itu, Datuk Nurulhidayah yang juga anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar


Nurul yang kini berada di Madinah untuk mengerjakan Umrah turut memuatnaik gambar Adi sedang menyarungkan cincin ke jari isterinya dengan menulis kapsyen mengucapkan tahniah buat pasangan itu.

"Salam tahniah dari Madinah buat @adpadiputra dan @aidayusof15... Bangga dengan kamu. “Selamat pengantin baharu”... eh... lama... Baharu... Ehh," tulis Nurul Zahid.

Rata-rata pengikutnya di laman sosialnya turut meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah serta mendoakan jodoh Adi dan Aida berkekalan sehingga akhir hayat.



Adi dan Zuhaidah berkahwin buat kali pertama pada 14 April 2006 dan namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia enam tahun.

Pelakon itu kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida Dzolkifly, 34, pada 20 Jun 2016.

Bagaimanapun, Adi dalam kenyataannya menerusi Instagram pda 23 Mac tahun lalu memberitahu bahawa dia tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan kedua isterinya itu.






www.myartis.com / Sumber: mStar & Adi Putra IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: