Menerusi laman Instagram pelakon Lisa Surihani, beliau telah memohon peminat mendoakan kesembuhan anak sulungnya, Yahaira Leanne yang disahkan positif Influenza A sama seperti Almy Nadia serta anak-anaknya.

Ibu kepada dua orang anak itu juga memuatnaik video Yahaira yang semakin aktif selepas menjalani rawatan.
"Pada mereka yang bertanya, Yahaira di diagnosis dengan Influenza A dan masih menerima rawatan. Alhamdulillah, dia semakin baik, InshaAllah.
"Tolong doakan moga Yahaira dan semua yang admit masuk dalam hospital cepat sembuh ya," tulis isteri kepada penyanyi dan pelakon Yusry KRU di IGnya.
Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Lisa Surihani IG
________________________

No comments:
Post a Comment