10 January 2018

ZURIAT: IVF BELUM SEDIA - ACHEY MAHU USAHA SECARA NORMAL


"Tahun lalu kami ada pergi ke HKL untuk membuat pemeriksaan bagi mengesan masalah yang dihadapi saya dan isteri," kata pelawak terkenal Achey Bocey, 32, yang memberitahu bahawa mereka suami isteri seboleh-bolehnya mahu memperolehi zuriat secara proses normal seperti pasangan lain.





Menurut Achey, isterinya iaitu Nor Hasanah Yahaya, 28, tidak mempunyai sebarang masalah namun doktor ada memberitahu mungkin dia sukar mendapat zuriat disebabkan tekanan.

"Alhamdulillah isteri tidak ada apa-apa masalah namun doktor kata mungkin disebabkan tertekan yang sukar untuk dikurniakan zuriat," jelasnya.

Dalam pada itu, Achey juga ada menerima tawaran tajaan untuk membuat proses IFV namun belum bersedia untuk melakukannya buat masa ini.

Klik untuk gambar besar


"Ada juga menerima beberapa tawaran tajaan untuk melakukan proses IFV tapi kami berdua belum cukup bersedia untuk buat sekarang.

"Sebab nak melalui proses itu belum masa rehat yang panjang. Kami berdua tidak boleh dalam keadaan tertekan. Buat masa ini saya ada tanggungjawab kerja lagi.

"Insya-Allah akan fikirkan kemudian. Tapi saya tidaklah menolak cuma buat masa ini masih berfikir lagi masa tidak sesuai," ujarnya yang mendirikan rumah tangga sejak tujuh tahun lalu namun belum dikurniakan cahaya mata.










www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: