16 February 2018

14 FOTO: JUMPA ANAK SETELAH 5 BULAN - NEDIM LUAH RASA SYUKUR


Menerusi laman Instagram, Nedim Nazri telah meluahkan rasa syukur apabila berkesempatan berjumpa dengan anaknya, Mohamed Nedrin atau Dre setelah hampir 5 bulan.





Menerusi posting tersebut, Nedim dilihat menahan sebak sebaik mendengar berita gembira anaknya itu akan pulang ke rumahnya.

Suami kepada pelakon Nora Danish itu memberitahu yang dia tidak pernah putus harapan dan sentiasa berharap kepada Allah.

"When I received 'the' call from my BG ,informing me that my son Dre was already in the car otw home to me, my reaction was Allahuakhbar & Alhamdulillah, I never once lost my faith and hope in Allah, through my pain of 5 month , Allah was always there to guide me ❤️ #syukuralhamdulillah," kata Nedim.

Klik untuk gambar besar


Melihat pada gambar yang dimuatnaik, Dre kelihatan ceria dan gembira bila dapat bertemu dengan bapanya setelah sekian lama.

Berita gembira ini bukan sahaja mendapat perhatian netizen, malah rakan-rakan artis turut meluahkan rasa senang hati melihat akhirnya impian Nedim bertemu dengan anaknya tercapai.

Nedim dan ahli keluarganya bersungguh-sungguh mengadakan parti BBQ seperti yang dijanjikan Nedim suatu masa dahulu untuk menyambut ulangtahun anaknya.


























www.myartis.com / Sumber: Nedim Nazri IGnya.


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: