19 February 2018

29 FOTO - SEKITAR MAJLIS NIKAH & RESEPSI FIZI & SHAKILLA


Tahniah kami ucapkan kepada penyampai radio Suria FM, Fizi Ali dan pelakon Shakilla Khoriri yang telah sah bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz pada jam 10.37 pagi semalam.





Majlis pernikahan yang diadakan di Dewan Chersonese Media Hall, Maju Junction Mall itu menyaksikan pasangan tersebut diijabkalbulkan oleh bapa pengantin perempuan, Khoriri Markon.

Pada majlis itu, Shakilla menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak lelaki, selain menerima mas kahwin sebanyak RM300. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak didedahkan.

Fizi yang ditemui berharap semua peminatnya dan Shakilla mendoakan kebahagian dan ikatan perkahwinan mereka kekal hingga jannah.

Klik untuk gambar besar


"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kami. Doakan kebahagiaan kami dan semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke jannah.

"Jika diikutkan, kami mahu bernikah tahun lalu. Namun, sebagai manusia kita hanya merancang... Namun, janji Tuhan itu pasti. Alhamdulillah kami akhirnya melangkah ke gerbang perkahwinan," katanya.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat pasangan ini sahaja.

Bekas peserta program 'Pilih Kasih' musim kedua ini mula berkenalan dengan Shakila ketika menjalani pengambaran telemovie 'Tuty Polkadot' pada tahun 2012.



Untuk makluman, pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 16 Julai tahun lalu selepas empat tahun bercinta.

Selepas majlis nikah, Fizi dan Shakilla telah diraikan dalam satu majlis resepsi yang diadakan pada sebelah malam di lokasi yang sama.

Dalam masa sama, Fizi berkata, sifat positif Syakilla membuatkan hatinya tertarik menyunting aktres itu sebagai suri hidup.

"Banyak perkara yang buat saya tertarik dengan isteri. Dia manja walaupun tampak garang. Selain itu, Syakilla sangat berdikari.



"Dia tak harapkan orang lain termasuk saya. Kalau saya hulurkan bantuan pun adakalanya dia menolak dan mahu selesaikan sendiri.

"Sepanjang mengenalinya, saya lihat dia ada matlamat dalam hidup. Insya-Allah selepas hidup bersama ini, kami akan capai matlamat itu bersama-sama," tuturnya.

Pasangan sama cantik sama padan ini juga belum merancang destinasi untuk berbulan madu kerana isteri Fizi sibuk dengan kerja lakonannya.

"Kami tidak akan berbulan madu dalam tempoh terdekat kerana isteri sibuk dengan kerja lakonan. Kami mungkin akan mencari masa melawat saudara mara terlebih dulu di sekitar Kuala Lumpur. Kalau isteri ada masa lapang, bolehlah kami pergi bersantai di mana-mana," jelasnya.




















































www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: