18 February 2018

BILA SHUIB BERGAMBAR DENGAN KERETA IDAMAN, LAMBORGHINI


"Alhamdulillah, berkat usaha dan bisnes madu, akhirnya dapat bergambar dengan kereta idaman tapi ni memang terhad sebab cuma ada 4 biji dalam Malaysia.





"Alhamdulillah... Semoga memberi inspirasi pada semua... Amin," kata pelawak Shuib Sepahtu, 34, yang meluahkan rasa syukur apabila dapat bergambar dengan kereta idamannya dengan berkat usaha perniagaan produk madunya.

Gambar Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad bersama kereta lamborghini berwarna merah telah mendapat perhatian pengikutnya di laman sosial.

"Alhamdulillah, berkat usaha dan bisnes madu, akhirnya dapat bergambar dengan kereta idaman tapi ni memang terhad sebab cuma ada 4 biji dalam Malaysia. Alhamdulillah... Semoga memberi inspirasi pada semua... Amin," tulis Shuib.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya itu mengucapkan tahniah atas pencapaian suami kepada penyanyi Siti Sarah itu.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, Shuib ketika dihubungi memberitahu bahawa kereta tersebut bukan miliknya dan hanya sekadar untuk bergambar sahaja.

"Tak adalah, bukan kereta saya. Itu kereta orang, saja nak bergambar," kata Shuib secara ringkas.

Sebelum ini, Shuib membuat pengumuman tidak lagi bertugas sebagai penyampai radio Sinar FM pada 29 November tahun lalu bagi memberi tumpuan pada perniagaan madunya.

Apa-apapun, setiap orang pasti mempunyai impian untuk memiliki sebuah kereta idaman dan begitu juga dengan Shuib yang menyimpan hasrat sama.










www.myartis.com / Sumber: mStar & Shuib Sepahtu IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: