18 February 2018
'BADANG' DIKRITIK: "HARGAI BUKAN KECAM" - ALIFF SYUKRI RASA KESAL
Menerusi laman Instagram, Datuk Seri Aliff Syukri telah meluahkan rasa kesal apabila menerima kritikan hebat daripada netizen mengenai lakonannya dalam filem 'Badang' yang baharu sahaja ditayangkan di pawagam pada Khamis lalu.
Lebih mengecewakan kata ahli perniagaan itu, hentaman yang diterimanya adalah daripada mereka yang langsung tidak menonton filem tersebut dan ia adalah tidak adil buat dirinya.
"Jangan sampai saya hilang sabar.. saya tak kacau hidup korang pun kenapa menghina saya melampau-melampau.. saya tak suka off komen dan block orang.. tapi komen anda macam f—ck 😡😡
"Kalau tak suka tak payah follow.. hargai bakat saya bukan kecam saya #badang saya hanya sebagai talend bukan penerbit saya harap korang paham 😓," tulis Aliff di IG.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Aliff berkata, dia bukannya tidak boleh ditegur malah terbuka terhadap kritikan terhadap lakonan pertamanya itu.
Bagaimanapun katanya, dia tetap bersyukur kerana masih ada yang menggemari filem tersebut dengan pergi menonton di pawagam dan memberikan maklum balas positif kepadanya.
"Alhamdulillah walaupun ramai tak suka ada juga yang dah tengok dan sokong. Terima kasih kepada yang menonton. Pujian atau kecaman saya terima dengan hati terbuka," katanya.
'Badang' adalah arahan Profesor Datuk Dr. A. Razak Mohaideen itu turut menampilkan pelakon seperti Fasha Sandha Fauzi Nawawi dan Fareez Fauzi.
www.myartis.com / Sumber: mStar & Aliff Syukri IG
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment