19 February 2018

"ADA HIKMAH, STAY STRONG BRO" - NASIHAT AIMAN TINO UNTUK SUFIAN


Semua mengetahui mengenai status hubungan penyanyi Sufian Suhaimi dengan pelakon Elfira Loy yang sudah putus tunang selepas ibu Elfira, Filzah Yusoff, 52, mengesahkannya.





Berita ikatan pertunangan Sufian dan Elfira yang terlerai mengundang pelbagai spekulasi daripada pelbagai pihak yang tertanya-tanya mengenai punca sebenar perpisahan pasangan itu.

Sufian yang berpegang pada prinsip bahawa ikatan pertunangannya dengan Elfira masih belum terbatal selagi cincin yang diberikan masih bersama pelakon itu dilihat lebih banyak mendiamkan diri.

Bagaimanapun, Sufian sempat memuatnaik beberapa mesej ditinggalkan oleh peminat dan rakan artis kepadanya di InstaStory sebagai tanda terima kasih atas sokongan dan memberi semangat kepadanya disaat sukar ketika ini.

Rakan baik Sufian yang juga penyanyi, Aiman Tino turut menyatakan simpati dan memintanya agar bersabar dan kuat mengharungi dugaan.

Klik untuk gambar besar


"Salam Ean. Aiman ni. Ean banyakkan bersabar. Aiman tak tahu nak cakap macam mana pasal benda ni. Tapi kita kena percaya, mesti ada hikmah setiap yang berlaku. Keep strong Bro! I know you!

"Biarkan apa orang nak cakap. Diaorang tak tahu apa yang korang lalui. Jangan termakan dengan kata-kata netizen," tulisnya menerusi kiriman Whatsapp.

Difahamkan, pihak Elfira akan bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin pertunangan mereka dalam masa terdekat.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac ini.







         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: