19 February 2018

DIKECAM PAMER KEMESRAAN: "TAK SUKA, MENGAPA BAZIR MASA" - FATTAH


Melihat pasangan Fattah Amin dan Nur Fazura sejak sah menjadi pasangan suami isteri, mereka semakin bahagia dan sedikit pun tidak merasa kurang selesa untuk mempamerkan kemesraan serta kasih sayang antara mereka berdua di laman sosial serta di khalayak ramai.





Walaupun ada peminat yang 'cair' dengan aksi manja pasangan itu, ada juga pihak yang mengecam dan memberikan komen mereka sudah meluat dengan Fattah dan Fazura yang didakwa terlalu ingin menunjuk-nunjuk kebahagiaan mereka.

Bertanya Fattah mengenai perkara itu, aktor tinggi lampai ini mengaku terkilan dengan mentaliti segelintir pihak yang cenderung meninggalkan komen negatif hanya disebabkan meluat melihat kemesraan dirinya dan Fazura.

"Saya tidak faham dengan sesetengah pihak yang menghina dan mengutuk tapi masih mahu melihat gambar atau video kami. Mudah saja sebenarnya, jika tidak suka, mengapa membazirkan masa untuk tengok?

Klik untuk gambar besar


"Seperti yang sering saya tegaskan sebelum ini, berdoalah dan cakap saja yang baik-baik. Atau lebih baik berdiam diri daripada terus meninggalkan komen yang mampu mengguris hati mana-mana pihak," katanya.

Tidak cukup itu, Fattah turut menjadi mangsa persepsi negatif yang mendakwa kariernya semakin 'suram' selepas mendirikan rumah tangga.

"Ini saya tidak dapat komen... Bagi saya, semua ini terletak pada ketentuan Allah. Rezeki terbahagi kepada pelbagai cara, mungkin ia diberi dalam cabang berbeza," ujarnya.



Dalam perkembangan terkini, sebagai persediaan masa depan, Fattah mengusahakan produk makanan gantian, MRP Diet By Fattah Amin yang mula dipasarkan sejak enam bulan lalu.

Fattah memberitahu yang masalah obesiti dan kurangnya keprihatinan masyarakat terhadap soal kesihatan, mendorong dirinya mengusahakan produk terbabit selain mahu mengajak peminat mengamalkan gaya hidup sihat.

"Saya berniaga bukan kerana mahu memperlahankan kegiatan seni. Kalau boleh, biarlah kedua-dua bidang ini seimbang," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: