19 February 2018

NAFI BERBADAN DUA - UMMI NAZEERA MOHON DOA


Pelakon Ummi Nazeera yang bergelar isteri Dr. Mohd. Izzar Anwari Abd. Khan pada Julai tahun lalu itu dilihat sering mengadu kepenatan dan keletihan, mengundang spekulasi bahawa dia kini sedang berbadan dua.





Rata-rata peminat mula menghujani ruangan komen laman sosial Ummi dengan ucapan tahniah dan meluahkan rasa gembira, andai apa yang diteka mereka benar-benar terjadi.

Namun, wanita berusia 28 tahun itu memberitahu, setakat ini masih belum ada berita gembira yang boleh dikongsikan dan berharap peminat terus mendoakan mereka agar segera dikurniakan cahaya mata.

"Benar, sejak akhir-akhir ini saya memang cepat penat sebab memberi sepenuh tumpuan terhadap kerja dan dalam masa yang sama, masih belajar bagaimana untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sempurna.

Klik untuk gambar besar


"Tambahan pula, saya baru berpindah ke rumah baharu, jadi saya sedang dalam proses menyesuaikan diri dengan kehidupan berdua berbanding dengan keluarga sebelum ini.

"Namun setakat ini, saya belum berbadan dua seperti yang diharapkan peminat tetapi saya berharap anda semua terus mendoakan saya dan suami," jelasnya.

Ditanya adakah dia dan suami merancang tempoh tertentu untuk menimang zuriat, Ummi berkata yang mereka tidak pernah merancang.



"Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mahu cahaya mata sebagai penyeri kehidupan mereka. Kami tidak pernah merancang.

"Malah saya dan suami juga tidak sabar hendak menimang bayi dalam waktu terdekat kerana kami percaya anak merupakan anugerah Allah. Saya harap peminat sentiasa mendoakan agar semuanya dipermudahkan kelak," kata pelakon 'Nur Kasih'.

Biarpun sibuk bekerja, Ummi sering dilihat meluangkan masa bercuti dengan suaminya tidak kiralah sama dalam atau luar negara.



"Ya, saya dan suami gemar bercuti dan melakukan aktiviti bersama. Malah sebelum mendirikan rumah tangga, kami selalu melakukan aktiviti bersama termasuk mendaki bukit dengan kawan-kawan.

"Bagi saya, percutian selepas berkahwin tidak kiralah di dalam atau luar negara, ia adalah aktiviti yang sangat penting kepada pasangan suami isteri kerana kami dapat menikmati suasana baru di sesuatu lokasi sambil berborak lebih panjang tanpa sebarang gangguan.

"Insya-Allah, kami akan amalkan aktiviti percutian bersama walaupun sudah beranak-pinak nanti," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: