26 February 2018

30 FOTO - RESEPSI FATTAH & FAZURA BERTEMAKAN 'FATTZURA FAIRYTALE'


Pasangan Fattah Amin, 27, dan Nur Fazura, 34, semalam telah melangsungkan majlis resepsi perkahwinan pertama mereka selepas disatukan November lalu dalam satu majlis nikah yang diadakan secara tertutup.





Majlis Resepsi perkahwinan mereka mengambil tempat di hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh kaum keluarga, sahabat terdekat dan juga rakan artis.

Bertemakan 'Fattzura Fairytale', majlis gilang-gemilang itu menyaksikan pasangan mempelai itu persis putera dan puteri raja melalui busana digayakan selain bersanding di pelamin yang dihiasi indah bak kayangan.

Klik untuk gambar besar


Pada majlis itu, Fazura kelihatan anggun mengenakan gaun rona putih meleret serta layah yang menutupi wajah manakala Fattah mengenakan sut rona hitam hasil sentuhan pereka terkenal, Rizman Ruzaini.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis.

Tetamu dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada kumpulan Ruffedge, penyanyi wanita terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari, Dayang Nurfaizah dan Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid.



Selain anggota keluarga dan rakan terdekat, majlis itu turut diserikan dengan kehadiran selebriti popular antaranya Rozita Che Wan, Zizan Razak, Elfira Loy, Datuk Aznil Nawawi, Izara Aishah, Lisa Surihani, Datin Zizie Ezette, Elaine Daly, Aizat Amdan, Datuk Chef Wan dan Alvin Chong.

Untuk makluman, Fattah dan Fazura mula berkenalan ketika membintangi drama rantaian, 'Hero Seorang Cinderella', tahun lalu.

Mereka kemudian mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu sebelum bernikah secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, dua minggu kemudian.
























































www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: