26 February 2018

TAHNIAH - LINDA ONN SELAMAT LAHIRKAN CAHAYA MATA SULUNG


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada penyampai radio terkenal, Linda Onn yang sudah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya kelmarin.





Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Linda menerusi laman Instagramnya dengan memuatnaik gambar dirinya bersama anaknya yang sangat comel sedang tidur lena.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Linda dan pada masa yang sama tertanya jantina anaknya itu. Selain peminat, rakan artis juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah, antaranya Nora Danish dan Rebecca Nur Al Islam.

Memang comel anak Linda, harapnya beliau sudi berkongsi jantina dan nama anaknya tidak lama lagi. Semoga Linda dan suaminya dilimpahi kebahagiaan dengan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

Klik untuik gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Linda Onn IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: