25 February 2018

50 FOTO - SEKITAR MAJLIS NIKAH & KENDURI SITI SAERAH & SHARIDAN


Dengan sekali lafaz, adik kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin iaitu Siti Nursaerah, 34, kini sah bergelar isteri kepada pengurusnya, Mohd Sharidan Johari kira-kira pukul 11 pagi semalam.





Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Pusat Antarabangsa Cornerstone, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah dihadiri oleh kira-kira 100 ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Saerah yang kelihatan anggun dengan persalinan berwarna putih itu menerima mas kahwin berjumlah RM100 daripada Sharidan, manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pada sebelah petang pula, pasangan tersebut telah diraikan satu majlis kenduri yang diadakan di lokasi yang sama.

Klik untuk gambar besar
MAJLIS NIKAH


Sementara itu, Sharidan yang dihubungi meluahkan rasa syukur apabila majlis yang dirancang berjalan lancar.

"Alhamdulillah saya selamat bergelar suami dengan sekali lafaz pagi tadi. Perasaannya masih gementar dan pada masa yang sama gembira semuanya berjalan lancar.

"Apa yang paling utama ialah tanggungjawab sebagai suami dalam membimbing isteri dan anak-anak pula selepas ini," ujarnya.

Untuk makluman, Saerah mengenali suaminya itu pada 2009, namun hubungan tersebut putus selepas dia berkahwin pada 2010. Bagaimanapun, menurut Saerah, mereka bertemu semula dan menjalinkan hubungan lebih akrab pada 2016.



"Dia (Shahidan) adalah kekasih dan pemangkin semangat saya dan sebenarnya kami sudah mengenali sejak 2009 namun hubungan itu terputus selepas saya berkahwin.

"Kami kembali bertemu dua tahun lalu dan sejak itu hubungan kami bertambah rapat kerana saya senang dengan sikapnya yang sentiasa menyokong dan sering memberi semangat kepada saya," kata Saerah.

Saerah pernah berkahwin dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie, pada 27 Oktober 2010, namun berpisah emat tahun kemudian.

Menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 6, Ahmad Daiyan, 5, dan Ahmad Aisy, 3 tahun.






























MAJLIS KENDURI



































































www.myartis.com / Sumber: mStar - Foto: Siti Sairah Tarudin IG & @cornerstoneipc_kl IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: