25 February 2018
"MANA ADA SAYA TAYANG PAYUDARA!" - ZIZI AKUI SEDIKIT SEKSI
Penyanyi Zizi Kirana atau sebelum ini lebih dikenali sebagai Zizi The Fabulous Cat baru-baru ini telah menerima kecaman netizen gara-gara memuatnaik foto seksi di laman Instagram.
Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizi Mohd. Tahil, 32, berkata, foto terbaharu yang dikongsi bersama pengikut di laman tersebut tidak terlalu seksi dan bukannya memaparkan anggota tubuh badannya.
"Mana ada saya tayang payudara! Saya akui ia nampak sedikit seksi tapi memang itu cara pemakaian saya sejak dahulu lagi.
"Saya bukan berbogel pun dan foto itu dimuatnaik kerana mahu tag penaja baju tersebut. Saya masih tahu batas-batas dalam pemakaian.
Klik untuk gambar besar
"Apa yang peliknya, orang tak suka tapi ramai pula yang tengok dan likes gambar tersebut. Kalau rasa tak suka tak perlu nak tengok atau abaikan sahaja ya," katanya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Boleh Jalan' ini turut menafikan dakwaan netizen mengatakan dia sengaja memuatnaik gambar sedemikian untuk menggoda lelaki.
Malah, Zizi berkata, adalah tidak wajar meletakkan dirinya sebagai punca berlakunya gejala tidak bermoral kerana hal tersebut bermula daripada individu itu sendiri.
"Ada yang kata saya post gambar begitu kerana nak goda lelaki. Saya tak perlu itu semua dan kalau rasa tengok gambar macam itu dah tak boleh tahan, unfollow atau block sahaja.
"Janganlah fikir sampai ke tahap itu kerana anda tidak mengenali saya luar dan dalam. Apa yang saya pakai bukan menggambarkan siapa diri saya.
"Maaf cakap ya, kalau dalam pemikiran asyik fikir lucah dan seks semata-mata, itu punca gejala tidak bermoral berlaku. Semuanya bermula daripada individu itu sendiri," jelasnya.
Bercakap mengenai lagu terbaharu, Zizi berkata dia bakal melancarkan dua buah lagu baharu berjudul 'Terkemuka' dan 'Nak Ke Tak Nak'. Ia dijangka bakal dilancarkan tidak lama lagi.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment