25 February 2018

LAKONAN ALIFF SYUKRI - ORANG LAIN KUTUK, SAJAT PUJI


"Saya dah tonton filem Badang, lakonan Aliff bagus. Saya pun turut bersedih apabila dia dikecam. Tapi iyalah, mulut orang tak boleh nak ditutup.





"Soal kecaman dan kritikan, kami sudah biasa. Saya kena kecam, dia kena kecam. Dalam hal ini, nasib kami sama.

"Apa yang boleh saya kata, tak semua orang suka apa yang kita buat, yang penting kita bekerja dengan jujur dan ikhlas," kata usahawan kosmetik, Nur Sajat, 32, yang ditemui ketika majlis kenduri kesyukuran dan sambutan ulang tahun kelahirannya di Wisma miliknya di Shah Alam, Selangor pada Jumaat.

Sajat memberitahu yang dia turut terkilan apabila filem lakonan usahawan yang kini bergelar pelakon dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri berjudul 'Badang' menerima kecaman hebat netizen.

Klik untuk gambar besar


Menurut Sajat, Aliff sudah memberikan yang terbaik dan secara peribadi dia sentiasa menyokong perjuangan sahabatnya itu.

Mengenai majlis kenduri kesyukuran dan sambutan ulang tahun kelahiran Sajat, ia telah dihadiri oleh kaum keluarga serta dimeriahkan dengan kehadiran 80 anak-anak tahfiz Az Zahra, Pinggiran Subang.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Abang Nak Tegur' ini meminta netizen tidak berterusan memberi kecaman kepada mereka.

Sajat turut berharap masyarakat tidak mudah menghakimi orang lain hanya kerana melihat kehidupan mereka di laman sosial.



"Jangan kecam sangat sayang. Kalau anda kecam sekalipun, kami tetap macam ini. Kecaman dan kata-kata negatif tiada kesudahan, lebih-lebih lagi zaman media sosial ini.

"Kadang-kadang apa yang kita buat ada sebabnya, jadi masyarakat di luar jangan cepat melatah dan semudah itu menghakimi hidup orang lain.

"Sejujurnya, hati saya ini sudah berkecai tetapi saya gagahkan juga demi meneruskan kehidupan. Sehinggakan, ada yang gelar Sajat sebagai Ratu Kecaman," ujarnya.

Bercakap mengenai karier nyanyian, Sajat berkata dia bakal muncul dengan single baharu berjudul 'Makhluk Penggoda' tidak lama lagi.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: