12 February 2018

ALIFF SYUKRI DITEGUR GANGGU PEMUZIK JALANAN DI LONDON


Baru-baru ini, Datuk Seri Aliff Syukri yang mengakui terlalu tertekan kerana tangki air istana mewahnya bocor itu kini sedang bercuti di kota London untuk menenangkan fikirannya.





Namun, seperti biasa aksi usahawan kosmetik ini di luar negara pasti akan mendapat perhatian ramai.

Dalam satu video yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, Aliff Syukri dilihat mengganggu seorang pemuzik jalanan di London apabila tiba-tiba secara sengaja mencelah pemuzik tersebut yang sedang mencari rezeki dan menyanyikan lagu 'Abang Nak Tegur'.

Sudahlah tempo tidak selari dengan muzik yang dimainkan, Aliff Syukri turut mengundang rasa kurang senang pemuzik tersebut sehingga beliau dihalau.

Klik untuk gambar besar


"Dia suruh aku pergi, dia kata kau boleh pergi jauh-jauh. Malu-malu," katanya.

Sementara itu, Aliff menulis dalam laman tersebut bahawa dia simpati dengan lelaki itu dan sekadar ingin membantu.

"Pada awalnya saya kasihan sebab nak membantu lepas tu sumpah malu tapi sekurang-kurangnya saya bangga ada empat orang sedekahkan duit masa saya menyanyi live lagu Abang Nak Tegur di London," tulisnya.



Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang menganggap perbuatan Aliff itu biadap, menjengkelkan dan hanya menjejaskan periuk nasi orang lain.

Mereka turut meminta agar beliau tidak memalukan rakyat Malaysia dengan kelakuan yang tidak wajar ketika berada di negara orang.

Beberapa kali kami lihat Aliff sering sedih kerana menerima kecaman daripada netizen, tetapi apa yang beliau lakukan sebenarnya mengundang kepada perkara tersebut.

Tidak salah untuk kongsikan apa aktiviti seharian ataupun ketika bercuti di luar negara, tetapi bukan semuanya harus dimuatnaik di media sosial.














ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO


www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: