04 February 2018

ANAK SAH SUMBING: "ANUGERAH ISTIMEWA DARI ALLAH" - ISTERI LAN SOLO


"Memang SAH & CONFIRM baby kami cleft. Cuma tak pasti cleft lip sahaja atau cleft palate skali dan ukuran cleft tu pun sangat kecik. 0.33cm sahaja still comel!





"Semua tu tak penting, yang menjadi keutamaan kami sekarang adalah kesihatan baby dan mommy," luah isteri kepada penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim menerusi laman Instagramnya.

Bagaimanapun kata Sheila, dia tidak kisah mengenai keadaan fizikal tersebut asalkan anak kesayangannya itu sihat.

Sheila sebelum ini pernah berkongsi tentang bayi dalam kandungannya yang dikatakan mengalami sedikit masalah dan berkemungkinan akan lahir sumbing.

Klik untuk gambar besar


Meskipun begitu, pasangan ini sentiasa positif dan mengharapkan agar para peminat mereka sentiasa mendoakan kesihatan bayi yang bakal lahir nanti dalam keadaan baik.

Terbaru, Sheila menerusi laman Instagramnya kembali berkongsi perkembangan terkini bayi dalam kandungannya yang sudah menjangkau usia 33 minggu itu beserta gambar imbasan bayinya itu.

"Lama KY tak update psl baby kan. Alhamdulillah dah #33weeks. Baby sihat dan aktif sangat-sangat! Ok, ini latest scan 4D yang baru kami buat," ujarnya.

Dalam masa sama, Sheila turut memberitahu tentang jantina anak keempatnya ini yang merupakan seorang bayi perempuan.



"Oh ye, she's a GIRL! So @lansolo_official ada 3 anak dara dan 1 mak dara untuk dijaga hatinya haha ini bermakna kuota 4 dah FULL!," katanya yang dijangka melahirkan anak keempatnya itu pada bulan Mac depan.

Disamping itu, Sheila sempat memberikan sedikit pesanan buat ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak istimewa.

"Dear mom & dad out there.. kita perlu BANGGA bila kita dapat anugerah baby special ni dari Allah. Allah bagi extra income untuk kita tambah pahala sebab?

"Diuji kesabaran kita - pahala. Diperkatakan tentang anak - pahala. Diumpat - pahala. Dikeji - pahala. See.. Allah bagi kelebihan then ENJOY IT mom! Positif. #LanSolo #LAN #AnakAnakLanSolo #AnakDaraKetiga #CleftBaby," tulis Sheila lagi.




www.myartis.com / Sumber: Sheila IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: