04 February 2018

"MASIH TERNGIANG ALUNAN BACAAN AYAT SUCI DANISH" - NORMAN HAKIM


Kita semua mengetahui yang anak sulung kepada pelakon Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, telah berangkat ke Turki untuk melanjutkan pengajian baru-baru ini.





Suami kepada pelakon Memey Suhaiza itu berkata, dia menyangka sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk melepaskan anaknya selepas mengetahui Danish akan ke Isparta, Turki Mei tahun lalu.

"Saya masih rasa dia seperti berada di sisi kerana setiap kali solat dia akan jadi imam. Saya akui terkesan dengan pemergian Danish namun harus merelakan kerana dia pergi untuk tujuan yang baik.

"Walaupun baru semalaman tiada di sisi, saya sudah rindukannya. Setiap kali masuk waktu solat, menitis air mata saya kerana masih terngiang alunan bacaan ayat suci Danish.

"Mungkin inilah perasaan dirasai setiap bapa yang akan berjauhan dengan anaknya. Hubungan saya dengan Danish bukan sekadar anak dan bapa tetapi juga sebagai kawan," katanya.

Klik untuk gambar besar


Norman berkata, setiap hari dia pasti akan membuat panggilan video dengan anak sulungnya bagi menghilangkan rasa rindu.

"Kami banyak berkongsi cerita termasuk masa depan Danish. Selama ini saya banyak bertanya kepada dirinya mengenai ilmu kerohanian dan boleh dikatakan tiada rahsia antara kami," tuturnya.

Akhbar sebelum ini melaporkan Danish antara 10 pelajar terpilih melanjutkan pengajian di Mekke Kuran Kursu, Isparta bagi menduduki peperiksaan akhir hafazan di sana sehingga Aidiladha ini.

Mohamed Danish adalah anak hasil perkongsian hidupnya dengan bekas isteri, Abby Abadi.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: