04 February 2018

STATUS FARID TARIK PERHATIAN - DIANA DANIELLE LUAH RASA RINDU


Baru-baru ini, pelakon Datuk Farid Kamil, 37, menerusi laman Instagram telah memuatnaik gambar bersama isteri, Datin Diana Danielle dan anak lelaki mereka iaitu Muhammad.





Kapsyen pada gambar tersebut telah menarik perhatian pengikutnya di Instagram kerana menggunakan pepatah Melayu yang berbunyi 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh' yang seolah-olah memberi gambaran berhubung situasi terpaksa dihadapinya sejak akhir-akhir ini.

Pada kapsyen sama, Farid turut menggunakan tanda pagar #kamixramai tapi kami ada #X dipercayai merujuk kepada kekuatan hubungannya dengan Diana dalam mengharungi dugaan tersebut.

'Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh' membawa maksud; sekiranya kita bersatu dan bekerjasama maka kita akan dapat berjaya atau peroleh kemenangan. Tetapi sekirang kita berselisih dan bergaduh antara satu sama lain, maka kita akan kalah.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, Farid menjelaskan hubungannya dengan isteri tidak mempunyai sebarang masalah seperti mana digembar-gemburkan.

Malah kata Farid, dia bersyukur mempunyai isteri dan anak-anak, Muhammd yang kini berusia 5 tahun dan Aurora, 3, disampingnya.

Dalam masa sama, Diana turut meninggalkan komen yang berbunyi: "Alhamdulillah, Allah lindungi keluarga kita".



Selain itu, Diana menerusi InstaStory di Instagram miliknya pula turut meninggalkan kapsyen romantis ditujukan kepada Farid berbunyi 'I miss you @faridkamilz'.

Sebelum itu, rumah tangga pasangan sejoli ini dikhuatiri goyah bahkan Diana juga pernah mendapatkan khidmat nasihat peguam syariah.

Lebih memburukkan lagi, kisah Farid yang ditahan reman kerana mengasari pihak berkuasa dan orang awam di sebuah balai polis turut mengaitkannya dengan isu rumah tangganya.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Sinar Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: