03 February 2018

ANAK SULUNG BERANGKAT KE TURKI - NORMAN HAKIM 'LONGLAI'


"Selama bertahun saya yang selalu pujuk dia. Dari saat dia masuk asrama untuk mulakan pengajian hafazan, saat tiap kali hantar balik ke asrama bila dia sedih, bahu saya tempat dia bersandar untuk luahkan rasa & air mata.





Tapi hari ni dalam sejarah, semuanya jadi terbalik. Saya yang longlai kat bahu dia. Ber'tan' air mata jatuh sampai basah baju dia. Emosi saya berbolak balik terutama seminggu sebelum sampai ke hari ni. Hari jadi hening. Cuaca terik pun jadi bening.

"Baru saya sedar dia lagi 'kuat' dari saya. Anak ini dah bersedia untuk 'menakluk akhirat' di dunia yang sementara. Fizikal mungkin sama, tapi jiwa & mental dia lagi kental kuat berganda sebab kelebihan dia, AL-QURAN dah ada dalam dada. Dia dah tak takut apa kecuali yang Maha Esa.

"Ampun maaf abang, rupanya papa tak 'sekuat' yang disangka. Semoga Allah s.w.t ampunkan khilaf papa ni. Selamat berjuang anakku sayang Mohamed Danish Hakim.

Klik untuk gambar besar


"Doa papa hak abang untuk menakluk akhirat didunia, sementara menunggu doa abang untuk hak papa pula antara 3 perkara untuk 'bantu' papa dibarzakh yang wallahualam tak tahu bila, tapi pasti akan tiba.

"Selamat mengiringi 'jihad' Mohamed Danish Hakim ke Turki abah Jai Ezzany, mama Abby Abadi, adik Marissa Dania Hakim & baby Maria Danisha Hakim.

"Semoga selamat perjalanan ketika ini dibawah lindungan Allah s.w.t & para malaikat yang bertugas dibawah kerajaanNya Aamiin Ya Rabb❤️," begitulah emosi dikongsi pelakon, Norman Hakim saat melepaskan anak sulung kesayangan, Mohamed Danish Hakim, 15, berangkat ke Turki bagi melanjutkan pengajian dalam bidang hafazan, kelmarin.

Video dirakam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang itu antara lain memaparkan Norman menangis tanpa henti di bahu Danish hingga pantas meraih perhatian netizen.



Ramai pengikut Instagram Norman mengucapkan tahniah dan mendoakan perjalanan dan pengajian Danish lancar.

Sebelum ini, Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 41, memberitahu BH Online, Danish adalah antara 10 pelajar terpilih melanjutkan pengajian hafazan di sebuah institusi pengajian Islam, Mekke Kuran Kursu di Isparta, Turki.

Selain Danish, Norman turut dianugerahkan dua lagi anak hasil perkahwinannya dengan bekas isteri, Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.

Bersama isterinya sekarang, Memey Suhaiza, Norman mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5 dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.




















www.myartis.com / Sumber: Norman Hakim IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: