03 February 2018

KELUAR HOSPITAL: "PELBAGAI DUGAAN & CABARAN, SAKITNYA..." - EZZATY


Pada 29 Januari lalu, pelakon Ezzaty Abdullah, 28, terpaksa melakukan pembedahan di Pusat Perubatan Pusrawi, Kuala Lumpur selepas disahkan menghidap penyakit Breast Abscess (nanah payudara).





Isteri kepada Azwan Kombos ini menerusi laman Instagramnya mendedahkan sepanjang lima hari berada di hospital pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhnya.

Pelakon drama 'Hello Mr.Perfect' ini berkata dia sangat bersyukur memiliki suami yang berkorban dan sentiasa berada disampingnya.

"Alhamdulillah Jumaat yang penuh barakah ini saya dapat discharge dari hospital. Lima hari saya berada di hospital pelbagai dugaan dan cabaran saya tempuhi.

Klik untuk gambar besar


"Sakitnya hanya Allah dan orang yang pernah alami saja yang tahu. Terima kasih juga pada suami saya yang sentiasa bersama saya membantu saya di sini.

"Pengorbanan suami saya sepanjang saya berada di sini sangat saya sanjungi dan terharu," kata ibu kepada Harum Dalia.

Dalam pada itu, Ezzaty juga mengucapkan terima kasih kepada doktor pakar yang merawatnya iaitu Dr Razifah, jururawat dan semua peminat yang tidak putus mendoakannya.



Berkat doa dan kehadiran ahli keluarga memberi kekuatan buat Ezzaty untuk bertarung dengan penyakitnya.

"Alhamdulillah atas bantuan dari Allah, pakar Dr Razifah dan semua jururawat di Pusrawi juga saya dah sembuh.

"Jutaan terima kasih juga atas doa awak semua yang tak putus-putus untuk saya. Berkat doa awak semua juga menguatkan saya untuk terus bertarung di sini.

"Ahli keluarga yang datang melawat saya juga banyak memberi kekuatan pada saya. Ibu bapa saya juga hari-hari buat solat hajat untuk saya. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: Ezzaty Abdullah IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: