03 February 2018
ELFIRA LOY LUAH RASA SEBAK & GEMBIRA TUNAI UMRAH
Pelakon Elfira Loy menerusi laman Instagram telah meluahkan rasa sebak dan gembira kerana berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.
"Sebak kerana terlalu gembira jarang-jarang ada rasa dihati. Terima kasih Ya Allah kerana menjemputku di sini. I feel more content, Alhamdulillah.
"Done my first Umrah pada khamis malam Jumaat atas izin-Nya. Its Miracle that I am able to do my umrah yesterday because i was not in 'keadaan suci'.
"Berkat doa, zikir sepanjang jalan & usaha, Allah Maha Besar, dapat jugak umrah pertama diselesaikan. Sebak, terlalu sebak #diaryumrahEL," tulisnya.
Bukan semua orang berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah dan bagi Elfira, beliau sangat teruja dapat berada di sana lebih-lebih lagi pada usia masih muda.
Klik untuk gambar besar
Perkongsian yang disertakan dengan sekeping gambar menunjukkan pelakon berusia 24 tahun ini manis memakai jubah berwarna ungu.
Dalam perkongsian itu, Elfira turut memaklumkan dirinya berasa gembira dan lebih tenang selepas habis menunaikan umrah pertamanya.
Rata-rata peminat juga turut sama mendoakan Elfira mendapat umrah mabrur, selain itu juga ramai yang meminta Elfira mendoakan mereka juga dapat menjejakkan kaki ke sana suatu hari nanti.
Selain Elfira, Wawa Zainal juga turut berada di Mekah sekarang bersama bapa tersayang menunaikan ibadah umrah. Semoga segala ibadah yang dilakukan dipermudahkan buat mereka di sana.
www.myartis.com / Sumber: Elfira Loy IG
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment