02 February 2018

PERNIKAHAN: "KUMPUL DULU WANG & SERAH SEGALANYA" - REMY ISHAK


"Kumpul duit dululah... Saya bukannya kaya sangat. Saya ini orang biasa-biasa saja. Projek lakonan dengan karya yang bagus pun bukannya selalu saya peroleh, sebab itulah saya kena cari dan kumpul duit.





"Lagipun latar belakang saya bukannya daripada keluarga yang senang, jadi sekarang kumpul dahulu wang dan serahkan segala-gala perancangan kepada keizinan Tuhan untuk tentukan masa yang tepat kerana saya selalu percaya kepada jodoh.

"Saya nak kahwin pun bukannya nak buat majlis besar-besaran pun. Kalau boleh saya cadang nak pacak khemah buat kenduri depan rumah sahaja,," kata pelakon Remy Ishak, 35, yang ingin mendirikan 'masjid' dan membina keluarga bahagia, namun buat masa ini dia sedang mengukuhkan ekonomi kewangannya.

Bersyukur kerana tidak didesak untuk segera mendirikan rumah tangga malah dia juga lega apabila pihak sebelah tunangnya juga amat memahami keadaan dirinya ketika ini.

Klik untuk gambar besar


Yang jelas, kata Remy, dia masih belum memutuskan tentang tarikh pernikahan malah perincian mengenai hal perkahwinan masih belum dibincangkan lagi.

"Dugaan bertunang itu yang seronok nak harungi bersama-sama. Saya positif saja apabila orang cakap fasa bertunang ini banyak rintangan. Dia (tunang) kena faham kerana saya banyak tanggungjawab dengan kerjaya.

"Dia pun tak mendesak untuk lekas berkahwin dan sebagainya. Perkara ini kena profesional dan segala-gala keputusan tentang hal kahwin terletak di tangan saya," jelasnya.




www.myartis.com / Sumber: Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: