02 February 2018

ISU NIENA BAHARUM NIKAH - EINA AZMAN ENGGAN BERI KENYATAAN


Sekitar pukul 11 pagi semalam, bintang utama drama 'Sayangku Kapten Mukhriz', Niena Baharun, 24, difahamkan selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya, Aliff Firdaus Abdul Hadi dengan sekali lafaz, di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan.





Berita pernikahannya mula diperkatakan apabila rakannya yang juga pelakon, Datin Eina Azman, berkongsi peristiwa bersejarah terbabit menerusi Insta Story di laman sosial Instagramnya, semalam.

Desas-desus perkahwinannya itu diperkuatkan lagi apabila Niena atau nama sebenarnya, Amaniena Baharun, 25, sendiri turut berkongsi sebuah video dirinya dalam persalinan pengantin di Instagram beliau, tanpa sebarang kenyataan, kira-kira 30 minit lalu.

Rata-rata peminat dan netizen pula meninggalkan komen mengucapkan tahniah kepada pelakon terbabit pada perkongsiannya itu.

Bagaimanapun, usaha menghubungi Niena bagi mendapatkan penjelasan berhubung berita pernikahannya itu belum berhasil.

Klik untuk gambar besar


Eina pula ketika diminta berkongsi mengenai majlis berkenaan turut menolak untuk memberikan kenyataan, sebaliknya menyerahkan kepada pelakon itu sendiri bagi menjelaskan perkara sebenar.

"Rasanya, tidak sesuai untuk saya memberikan kenyataan. Lebih baiklah ia keluar daripada mulut Niena sendiri. Harap semua faham kedudukan saya," kata Eina.

Menerusi Insta Story dikongsinya, Eina yang berada di Kota Bharu bersama suami dan keluarga turut mengucapkan tahniah kepada Niena.

Difahamkan juga, Niena enggan menggembar-gemburkan mengenai majlis pernikahannya berikutan sebuah pengumuman mengenai perkara itu akan diadakan tidak lama lagi.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian, Utusan & Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: