02 February 2018

BELUM DIKURNIAKAN ZURIAT - ALYAH AKUI TERFIKIR MAHU LAKUKAN IVF


Sudah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ramli MS lebih lima tahun lalu namun belum dikurniakan cahaya mata lagi, penyanyi Datin Alyah mengakui ada merancang untuk melakukan rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) sebagai salah satu ikhtiarnya.





Kongsi penyanyi 'Sesal Separuh Nyawa' ini, dia pernah mengambil inisiatif dengan membuat rujukan ke beberapa pusat perubatan yang mengendalikan kaedah kesuburan berkenaan.

"Bila bercakap soal anak, siapa yang tak mahu cahaya mata. Malah sebelum Datuk Siti lakukan kaedah berkenaan, saya sudah tanya beberapa pusat perubatan juga.

"Cuma mungkin disebabkan rutin harian misalnya tekanan dalam kerja dan gaya hidup menyebabkan saya sukar untuk hamil. Jadi memang saya pernah ada tanya kaedah tersebut.

Klik untuk gambar besar


"Saya difahamkan, kalau mahu lakukan kaedah tersebut, saya perlu berehat sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan pertama kandungan kalau ada rezeki.

"Malah tidak boleh langsung pakai kasut tumit tinggi. Cuma itulah, buat masa ini biarlah saya selesaikan dahulu jadual seni sedia ada. Perlukan rehat yang cukup kalau nak buat IVF.

"Laporan seterusnya (mengenai mengandung atau tidak) kita nantikan pada tahun 2019 nanti ya," seloroh Alyah yang genap usia 37 tahun pada 3 Januari lalu.

Dalam perkembangan lain, bintang asal Gelang Patah, Johor ini juga turut memperkenalkan single terbarunya, 'Jutaan Purnama' menerusi muzik video lirik yang kini sudah boleh ditonton di Youtube.








www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: